PAGES

>TO UPHOLD BAHASA MALAYSIA AND TO STRENGTHEN THE ENGLISH LANGUAGE<

PENGAYAAN PERBENDAHARAAN KATA BAHASA MELAYU

KETAHUILAH.....
bahawa terdapat banyak perkataan-perkataan baru yang telah dimasukkan ke dalam kamus umum bahasa Melayu yang paling autentik yang menjadi rujukan utama pengguna Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di Malaysia iaitu Kamus Dewan (terbaru ialah edisi keempat; berwarna merah, terbitan DBP 2010)

Sebahagiannya diambil daripada bahasa percakapan atau bahasa pasar dan ditandai dengan bp. Tidak ketinggalan juga yang diterima masuk dek kerana kekerapannya digunakan dalam ruang lingkup penutur bahasa Melayu ialah perkataan-perkataan daripada bahasa kasar yang ditandai dengan bk.

Mengapa perkataan-perkataan tersebut diterima pakai telah diulas dengan sempurna oleh Hajah Noresah Baharom, Ketua Bahagian Perkamusan yang saya petik dalam ruangan pendahuluan pada Kamus Dewan tersebut :
" Pemasukan kata yang berbentuk slanga dan bahasa percakapan yang lain ke dalam Kamus Dewan memanglah sesuai dengan ciri kamus ini sebagai sebuah kamus umum. Walaubagaimanapun, seperti edisinya yang terdahulu, kata yang sedemikian diberikan label (bp) sebagai pemakluman kepada pengguna supaya menggunakan kata yang berkenaan bersesuaian dengan konteksnya. Maknanya kata yang berlabel (bp) tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi tetapi tidak salah digunakan di luar konteks rasmi seperti di kedai kopi, di rumah atau semasa bersembang-sembang dengan rakan sebaya."
Perkataan-perkataan seperti cinabeng, cincai, awek dan bohsia telahpun dimasukkan. Menarik dan kayanya bahasa kita!

Tiada ulasan: